fbpx

0

Aafiya Life

Sale!

[Kursus Online] Flex It : Unlocking The Secrets To Osteoartritis

(1 customer review)

RM69.00

OVERVIEW
Mari sertai program online FLEX IT: RAHSIA BEBAS  OSTEOARTRITIS  yang direka khas dari Coach Haz untuk mengawal dan melegakan kesakitan akibat Osteoartritis.

Dianggarkan 9.3% rakyat Malaysia dewasa mempunyai sakit lutut dan lebih daripada separuh yang diperiksa mempunyai gejala Psteoartritis, iaitu jenis artritis yang lazim berlaku. Osteoartritis bukan hanya melibatkan kesakitan dan kekakuan pada sendi akibat tulang rawan sendi menghaus. Ia juga mengganggu kualiti kehidupan dan emosi pesakit. Walaupun artritis masih belum ada penawar, anda boleh mengawalnya, melegakan kesakitan, mengelakkan sakit menjadi bertambah teruk. dan mengekalkan kegembiraan hidup aktif!

Tujuan program ini adalah untuk membantu pesakit Osteoartritis serta wanita yang sakit sendi untuk meningkatkan kualiti kehidupan, menggunakan gabungan kaedah semulajadi tanpa memerlukan pembedahan. mahupun ubat-ubatan.

AGE GROUP
• Wanita yang menghadapi Osteoartritis
• Wanita yang menghadapi sakit sendi setelah meningkat usia 40an ke atas dan ingin mengelakkan dari menjadi lebih teruk
• Wanita berlebihan berat badan yang berisiko tinggi terdedah kepada osteoartritis terutamanya lutut dan tangan

RESULTS
Ini adalah panduan yang anda boleh gunakan dengan segera. Anda akan menemui langkah-langkah yang terbukti dan praktikal dan akan membantu anda bangun tanpa rasa sakit dan mengekalkan fungsi sendi yang lancar sepanjang hari bergantung kepada kekerapan dan disiplin.

OUTLINE KURSUS
Langkah-langkah dan strategi untuk memastikan artritis terkawal

MODULE KURSUS
• Laporan khas yang disokong dengan kajian sains (boleh dimuat turun) mengenai gabungan strategi tanpa pembedahan dan ubat-ubatan mengenai osteoartritis
• 9 Video Penerangan dengan penuh info menarik
• 4 Bonus Tambahan yang berasaskan kajian sains

KANDUNGAN KURSUS
Anda akan mendapat ilmu mengenai
✅ Bagaimana osteoartritis menjejaskan sendi, apa yang meningkatkan risiko penyakit dan gejala-gejalanya
✅ Apakah pemerhatian yang perlu dilakukan sebelum berjumpa dengan doktor kerana menerangkan gejala anda adalah sangat penting untuk diagnosis yang betul
✅ 4 keadaan sendi yang menandakan keperluan untuk rawatan perubatan segera
✅ 29 gajet yang dapat membantu anda menjalani rutin harian dengan lebih mudah dan cepat
✅ 44 senaman sesuai untuk artritis termasuk leher, bahagian belakang, bahu, dada, “core” / teras, lengan, punggung dan kaki
✅ Contoh rancangan senaman selama 30 hari sebagai panduan
✅ Lawan inflamasi yang meragut kesihatan dengan 6 langkah mengubah gaya hidup anti-inflamasi
✅ 5 terapi sampingan yang telah dibuktikan dengan kajian sains dapat membantu osteoartritis
✅ 4 BONUS TAMBAHAN disokong sains:
1 resipi anti-inflamasi
1 resipi badan langsing
1 cara langkah demi langkah menggunakan tumbuhan untuk mengurangkan sakit sendi
1 senarai makanan yang tinggi anti-inflamasi dan pro-inflamasi yang perlu diambil dan dielakkan

JURULATIH COACH HAZ
Cabaran utama saya, seorang wanita yang mempunyai cita-cita dan impian walaupun setelah berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri adalah mencari keseimbangan antara keluarga, kerja dan keperluan diri. Berbelas tahun saya sangkakan saya perlu menjadi wanita hebat dan perlu berjaya dalam kesemuanya. Tekanan yang saya berikan ke atas diri menimbulkan masalah kesihatan yang serius. Saya menghidap endometriosis dan antara kesannya saya sukar mengandung, masalah berat badan, emosi tidak stabil, sakit sendi dan keletihan yang berpanjangan.

Walaupun telah melakukan tiga kali pembedahan, kehidupan saya tidak juga berubah sehinggalah kematian ibu membuatkan saya tersedar. Atas asbab inilah saya bertekad menjadi sihat dan mencari ketenangan diri. Inilah permulaan perjalanan saya sebagai Coach Haz. Saya mencari ilmu kesihatan, pemakanan, hormon dan pelbagai lagi untuk mengubah kesihatan saya. Saya mulakan dengan menurunkan berat badan yakni 11 kg dalam 6 minggu sahaja dan mencapai berat ideal dan mengekalkannya tanpa perlu bersusah payah. Saya juga berjaya mengecutkan ketumbuhan di pelvik dengan mengubah pemakanan, mengamalkan puasa, mencari ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, menyelami fitrah dan cinta diri.

Saya percaya ilmu yang diperolehi dan pengalaman yang sangat berharga ini perlu dikongsi kepada wanita lain untuk membantu mereka mencari kebahagian mereka pula. Bukan setakat itu, yang lebih utama adalah sokongan dari wanita yang memahami perasaan dan pemikiran wanita lain agar mereka yakin berjaya membuat perubahan besar dan penuh makna ini.

Category: Tags: ,

1 review for [Kursus Online] Flex It : Unlocking The Secrets To Osteoartritis

  1. Ku Sazalina

    Good

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Billing details

Additional information

Your order

Product
Quantity
Total
Cart Subtotal RM0.00
Order Total RM0.00
  • Pay with Online Banking / E-Wallet / Credit Card / Debit Card. You will choose your payment option on the next page

    Your personal data will be used to process your order, support your experience throughout this website, and for other purposes described in our privacy policy.