fbpx

0

Aafiya Life

Terma & Syarat Penyertaan Program Aafiya Life

DENGAN MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PROGRAM YANG DITAWARKAN DI LAMAN WEB  INI ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA DAN SYARAT DI BAWAH:

  1. Aafiya Life adalah jenama oleh Ruang Mekar Sdn Bhd. Dalam terma dan syarat  ini Ruang Mekar Sdn Bhd dikenali sebagai “Syarikat” dan Program -program yang dijalankan oleh Aafiya Life dikenali sebagai “Program”
  2. Orang yang mendaftar dalam Program ini dikenali sebagai “Peserta”
  3. Syarikat berhak untuk menangguhkan atau membatalkan program sekiranya bilangan peserta tidak memenuhi bilangan minimum untuk dimulakan. Jumlah minimum akan ditentukan oleh Syarikat dari semasa ke semasa. Sekiranya Program dibatalkan, bayaran balik sepenuhnya akan diberikan.
  4. Syarikat berhak untuk menjadualkan semula atau menangguhkan aktiviti dan / atau mengganti pelatih dan / atau pemberian bonus tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Setiap sesi yang ditangguhkan akan diganti dengan sewajarnya dan dikemas kini kepada Peserta.
  5. Peserta dinasihatkan untuk berunding dengan profesional kesihatan dan perubatan mereka sebelum memulakan sebarang Program.
  6. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kecelakaan atau kecederaan kepada Peserta sepanjang keseluruhan program. Peserta dengan ini, melepaskan Syarikat, dari segala dan semua liabiliti, tuntutan, atau tuntutan yang timbul dari atau berkaitan dengan Program.
  7. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kecelakaan atau kecederaan kepada Peserta sepanjang keseluruhan program. Peserta dengan ini, melepaskan Syarikat, dari segala dan semua liabiliti, tuntutan, atau tuntutan yang timbul dari atau berkaitan dengan Program.
  8. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kecelakaan atau kecederaan kepada Peserta sepanjang keseluruhan program. Peserta dengan ini, melepaskan Syarikat, dari segala dan semua liabiliti, tuntutan, atau tuntutan yang timbul dari atau berkaitan dengan Program.
  9. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kecelakaan atau kecederaan kepada Peserta sepanjang keseluruhan program. Peserta dengan ini, melepaskan Syarikat, dari segala dan semua liabiliti, tuntutan, atau tuntutan yang timbul dari atau berkaitan dengan Program.
  10. Sebarang aktiviti yang dilakukan dalam program ini akan diambil sebagai testimoni Program.  Ini juga bermaksud  Syarikat  boleh  menggunakan informasi /gambar yang diberikan secara penuh atau sebahagian untuk tujuan promosi di mana-mana tempat / kaedah yang difikirkan sesuai oleh Syarikat

​​PENAFIAN :  Program Aafiya Life  bukan perubatan; ia tidak dimaksudkan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan penyakit atau keadaan perubatan. Program direka khas untuk individu bagi mendapatkan bimbingan dan pengetahuan untuk mencapai target peserta melalui pemakanan. Program Aafiya Life tidak sesuai untuk wanita hamil atau yang sedang menyusu.

Daftar untuk masuk ke waitlist

Program Wholesome5




    Saya, Susanna Ameriyanti Suwandi,seorang suri rumah yang berumur 49 tahun

    Sebelum ini saya banyak terlibat dengan aktiviti riadhah fizikal seperti hiking, zumba, mini marathon dan sebagainya. Bagaimanapun, setelah mengalami kecederaan lutut beberapa tahun yang lalu, keterlibatan saya di dalam aktiviti riadhah berkenaan amat terbatas.

    Akibatnya, saya mengalami kenaikan berat tubuh badan secara mendadak dan tidak terkawal. Saya juga mengalami insomnia dan keyakinan diri saya di dalam aktiviti sosial amat terkesan.

    Apabila mula diperkenalkan kepada program "Wholesome Five" oleh Aafiya Life saya mengaku saya merasa sangsi akan keberkesanannya kerana saya telah cuba berkali2 utk diet tanpa sebarang hasil yang memberangsangkan.

    Tetapi setelah mengamalkan program "Wholesome Five" saya amat gembira dengan hasilnya. Dengan support system yang first class daripada coach Aafiya Life Team dan peserta2 lain…Kami hanya perlu mengambil makanan kaya nutrien yang sangat sedap dengan resepi dan pelan yang disediakan. Setelah hanya lima hari saya berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 3 kilo. Bukan itu saja, saya dapat tidur dengan nyenyak pada setiap malam, rasa amat segar bila bangun setiap pagi dan rasa sungguh aktif dan tak mengantuk sepanjang hari dan yang paling penting saya belajar bagaimana caranya mengamalkan pemakanan yang sihat.

    Bagi mereka yang bertekad untuk menurunkan berat badan mereka dan meningkatkan kesihatan secara mampu mampan dan menyeluruh saya mengesyorkan programme wholesome 5 ini.

    Tidak lama dahulu, saya adalah orang yang overweight sebanyak 12kg, selalu merasa letih sehingga tidak mampu fokus kepada pekerjaan dan tanggungjawab terhadap keluarga dengan baik. Saya merasa benci lihat diri saya setiap hari , tidak percaya pada diri sendiri, selalu merasa kecewa kerana tidak dapat memakai pakaian yang saya mahu dan mengalami anxiety.

    Saya merasakan bahawa saya hanya hidup dari hari ke hari, semata- mata untuk memenuhi
    tuntutan hidup yang seperti perjuangan yang tidak pernah berakhir.

    Saya telah mencuba banyak jenis diet popular, pengganti makanan dan berkunjung ke pusat
    pelangsingan badan .

    Semuanya tidak mendatangkan hasil yang berpanjangan.

    Saya pernah hilang harapan dan menyangka bahawa saya hanya perlu menerima hakikat sebagai
    seorang wanita pada usia 40-an sukar untuk menurunkan berat badan, dan saya tidak lagi dapat
    memiliki sosok langsing seperti ketika saya lebih muda dan tidak akan mencapai berat badan ideal
    saya selama-lamanya.

    Tetapi apabila saya di perkenalkan kepada cara pemakanan yang betul, yang menitik beratkan nutrisi dan pembersihan badan, saya telah berjaya menurunkan berat badan berlebihan sebanyak 12kg dan dapat mengekalkan berat badan ideal saya selama lebih dari 2 tahun tanpa perlu mengira kalori atau tanpa sentiasa perlu berdiet Saya berasa lebih bertenaga sekarang pada usia 50 tahun berbanding
    ketika saya berusia 30 tahun. Ramai juga yang mengatakan saya nampak lebih muda dari usia saya.

    Minat saya terhadap cara pemakanan sihat makin meningkat dan saya mula melakukan banyak
    penyelidikan mendalam untuk mengetahui bagaimana makanan dapat menyembuhkan badan kita
    dan secara tidak langsung menurunkan berat dengan cara sihat.

    Sejak itu, saya telah membantu ramai wanita untuk mencapai berat badan ideal mereka Saya
    menjadikan misi saya untuk memberi sokongan dan bimbingan yang tepat kepada wanita lain yang mempunyai masaalah berat badan seperti saya dulu.

    Saya mula naik badan setelah melahirkan anak. Sewaktu itu saya tidak tahu apa-apa tentang nutrien.
    Saya cuma dengar untuk kurus kita kena kurangkan kalori yang masuk. Maka saya ingat cara terbaik adalah dengan kurangkan nasi.

    Saya berhenti mengambil nasi selama 2 bulan untuk turun sebanyak 6 kg. Tapi mana mungkin saya
    berterusan begitu dan akhirnya saya lepas geram dan makan semula dengan banyak.

    Saya kemudian didiagnos menghidap endometriosis, satu penyakit ketidakseimbangan hormon.
    Oleh kerana diet yang tidak sihat dan sentiasa stres dan tidak cukup tidur, penyakit ini tetap
    berulang hingga menyebabkan saya terpaksa melakukan 3 kali pembedahan.

    Semakin usia meningkat ditambah dengan penyakit dan gaya hidup yang tidak juga berubah, berat saya semakin bertambah sehingga mencecah obesiti!

    Setelah belajar mengenai pemakanan dari pakar nutrisi, saya mula berusaha menurunkan berat
    badan saya dan berhasil – turun sebanyak 11 kg dalam tempoh 6 minggu sahaja! Tidak lama
    kemudian saya berjaya mencapai berat ideal dan maintain hingga kini, setelah 3 tahun.

    Saya diuji lagi. Rupa-rupanya endometriosis saya berulang lagi buat kali ke 4. Kali ini doctor tidak
    mampu berbuat apa-apa.

    Saya membuat penyelidikan sendiri , mencari makanan apa yang boleh membantu penyakit saya.
    Alhamdulillah keajaiban kedua berlaku! Akhirnya dengan diet yang betul, ketumbuhan saya kini
    semakin mengecil. Ini membuktikan, pemakanan yang betul dan berpuasa dapat menyembuhkan!
    Food is The Real Medicine.

    Sejak itu saya berusaha menambah ilmu berkaitan dengan pemakanan dan cara peyembuhan secara holistik. Kini saya berkongsi pula ilmu dan pengalaman yang terkumpul kepada golongan wanita terutamanya yang ingin mendapatkan tubuh badan yang sihat dan langsing secara semulajadi dengan mengubah pemakanan dan gaya hidup mereka.