fbpx

0

Aafiya Life

Aafiya-Life-FlowMotion-Logo-R2png

FlowMotion adalah kelas senaman online untuk wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang ingin mencapai matlamat kecergasan mereka melalui GERAKAN MEMBERI IMPACT,

dipadankan dengan latihan rintangan dan regangan untuk memberikan latihan KESAN KESELURUHAN BADAN.

Nikmati pelbagai kelas senaman yang distrim secara langsung atau secara pra-rakam bila anda sign up untuk pakej senaman FlowMotion.

Kuatkan otot dan get toned dengan Strength & Body Toning workout kami. Tingkatkan fleksibiliti anda dan kuatkan core anda dengan pilates. Atau bakar kalori dengan salsation sambil berseronok dan berasa seksi pada masa yang sama. Kelas hanya dibuka untuk golongan wanita sahaja dan pernah sertai program diet kami.

Pass Bulanan RM 69

Kenapa Pilih Program FlowMotion?

Sesuai Untuk Semua

Jom cergas dengan workout yang mudah dan seronok untuk semua lapisan umur

100% Online

Dapat menjalankan pelbagai jenis senaman di rumah anda dengan selesa

Pelatih Bertauliah

Dapat bimbingan senaman bersama trainers yang berpengalaman

Support Group Kuat

Usah rasa malu atau segan sebab dapat workout bersama sisters kami yang lain
Kecergasan tubuh badan manusia mula menurun selepas mereka mencapai usia 30 tahun dan fenomena itu akan terus berlaku seiring dengan peningkatan usia mereka. Mari kekal sihat sehingga umur emas melalui amalan senaman yang betul dan konsisten.

Saya Minat Program Senaman!

FLOW MOTION

Jom sihatkan badan dan menjalankan pelbagai jenis senaman di rumah anda dengan selesa bersama sisters kami yang lain. 

Intake adalah setiap bulan. Sekiranya tarikh untuk intake bulan ini sudah tutup/ penuh, anda akan dimasukkan dalam bulan seterusnya.

Apa yang anda dapat:
• 6 kelas yang disiarkan secara langsung (dengan rakaman boleh didapati 48 jam selepas setiap kelas tamat)
• 2x Salsation
• 2x Strength & Sculpt

Akses selama 1 bulan ke perpustakaan rakaman :
Pilates + Salsation + Strength & Sculpt dan banyak lagi.

Jom sihatkan badan dengan workout mudah di rumah!
Nikmati kelas senaman yang sesuai untuk anda, tanpa alatan gim mahal, dan kekal sihat dan bertenaga!
Jenis-Jenis Senaman di Bawah Program Workout Kami

Salsation

Senaman salsation antara pergerakan yang membantu menguatkan otot teras kerana ia adalah program kecergasan tarian berasaskan senaman fungsi dengan tumpuan kepada muzik dan ekspresi lirik.

Salsation berasal daripada perkataan ‘salsa’ dan ‘sensation’ diinspirasikan daripada pelbagai jenis budaya, tarian dan program fitness.

Ia menukar protokol functional training kepada rentak tarian bagi memastikan tubuh bergerak secara semula jadi dan cara yang sihat.

Choreography dalam “salsation” ini mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi terhadap musik serta interaksi diantara instructor dan juga peserta.

Strength Training

Strength training ialah penggunaan rintangan (resistance) kepada penguncupan otot (muscle contraction) untuk membina kekuatan, daya tahan anaerobik dan saiz otot rangka. Strength training akan, meningkatkan muscle mass, menguatkan tulang dan meningkatkan fleksibiliti sendi.

Strength Training boleh membantu anda-

1- turunkan berat badan
2- tingkatkan metabolisme anda untuk membantu anda membakar lebih banyak kalori apabila anda tidak bersenam
3- tingkatkan kualiti hidup anda dan meningkatkan keupayaan anda untuk melakukan aktiviti harian
4- lindungi sendi anda daripada kecederaan

Pilates

Pilates ialah sejenis senaman yang menumpukan pada meningkatkan fleksibiliti, kekuatan, dan kesedaran badan melalui pergerakan terkawal.

Fokus utama Pilates adalah pada teras (core) namun, anda boleh dapat melihat peningkatan kekuatan pada lengan dan kaki anda.

Pilates boleh membantu anda:-

1- perbaiki postur
2- kurangkan sakit belakang.
3- halang kecederaan
4- tingkatkan tenaga
5- tingkatkan kesedaran badan (body awareness)

PELATIH
Mari Kenali Trainer Senaman Kami!
PELATIH SALSATION
Shaz
Shaz mempunyai minat yang besar untuk muzik dan tarian sejak dia masih kecil. Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Perbankan dan Kewangan Islam, Shaz memulakan kerjaya selama 12 tahun dengan Bank Negara Malaysia dan dalam masa itu menjadikan tarian sebagai aktiviti yang hanya dibuat sekali-sekala. Pada tahun 2016, Shaz diperkenalkan tentang dance fitness oleh sekumpulan rakan dan telah jatuh cinta dengan aktiviti tersebut. Pada tahun 2019 , dia telah mengambil keputusan untuk mengambil “leap of faith” dan “live her passion”. Shaz kini seorang Salsation Fitness Instructor sepenuh masa yang membolehkan beliau gabung minat terhadap muzik dan tarian sambil membimbing orang lain untuk sama-sama menjadi cergas dan mendapatkan tubuh badan yang cantik.
PELATIH STRENGTH TRAINING

Nurul

Nurul sangat passionate untuk membantu orang dari semua peringkat umur dan kebolehan untuk mencapai dan mengekalkan matlamat kesihatan dan kecergasan mereka. Beliau mempunyai 7 tahun pengalaman sebagai Fitness Coach dan kelayakan Ijazah Sains Sukan serta Diploma Fisioterapi. Specialisation Nurul adalan dalam penurunan berat badan, functional strength training dan kickboxing.
PELATIH PILATES

Zuzu

Zuzu menceburi bidang pilates sejak tahun 2006. Beliau mula berminat dengan pilates apabila mendapati pilates boleh membantu mengatasi masalah scoliosis yang dihadapinya. Sejak itu beliau terus mempraktikkan pilates ke hari ini. Zuzu telah mendapat kelayakan dalam “Stott pilates-trained” untuk membantu mereka yg mengalami masalah body alignment serta ingin memperbaiki fitness level and core-strength.

Soalan Lazim

FlowMotion adalah program kelas senaman dalam talian untuk wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang ingin mencapai matlamat kecergasan mereka melalui IMPACTFUL MOVEMENT, bersama dengan latihan rintangan dan regangan untuk memberikan latihan KESAN KESELURUHAN BADAN.

Anda boleh menikmati pelbagai kelas senaman yang disiarkan secara live atau pra-rakam apabila anda mendaftar untuk pakej senaman FlowMotion.

Untuk mengakses kelas secara live, anda perlu membeli pas bulanan di www.aafiyalife.com. Setiap pas bulanan yang dibeli pada atau sebelum 25hb setiap bulan akan membolehkan anda menyertai sesi live bersama Aafiya Sisters di Zoom pada bulan berikutnya. Pautan ke sesi Zoom akan disediakan melalui e-mel.

Contoh:

Beli Monthly Pass pada 10hb Jun 2023 – Akses untuk bulan Julai 2023
Beli Monthly Pass pada 27hb Jun 2023 – Akses ke untuk bulan Ogos 2023
Beli Monthly Pass pada 15hb Julai 2023 – Akses untuk bulan Ogos 2023
Beli Monthly Pass pada 26hb Julai 2023 – Akses ke untuk bulan September 2023

Ya. Rakaman akan disediakan 48 jam selepas setiap kelas berakhir. Anda boleh mengakses rakaman tersebut di FlowMotion Library di laman web kami.
FlowMotion Library adalah perpustakaan rakaman kelas yang akan dapat anda akses selama sebulan setelah membeli Monthly Pass.

– Salsation
– Pilates
– Strength & Sculpt