fbpx

0

Aafiya Life

Resipi Smoothie Tinggi Protein Tanpa Serbuk Protein!

Khasiat Tofu (Tauhu) Resipi Smoothie
Khasiat Tofu (Tauhu) Resipi Smoothie

Minuman tinggi protein dan smoothies adalah sarapan yang  berkhasiat dan senang  untuk dibawa ke mana-mana: Cepat, mudah, dan mudah alih. Apabila anda  memulakan hari anda dengan tambahan protein yang baik  perut anda tidak akan berkeroncong beberapa jam sebelum waktu makan tengah hari tiba.

Protein membantu anda kekal kenyang lebih lama, dan penyelidikan menunjukkan bahawa lebih baik untuk bahagikan pengambilan protein anda secara rata sepanjang hari, daripada membuat protein menjadi fokus hanya pada satu waktu makan . Dengan kata lain, protein bukan hanya untuk makan tengah hari atau makan malam – cuba dapatkan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 gram dalam makanan pertama anda pada setiap hari

Walaupun  serbuk protein adalah cara senang untuk  mendapatkan protein, di Aafiya Life kami  lebih menggemari pengambilan “whole food” iaitu makanan yang natural dan tidak diproses  dengan berlebihan. Terdapat banyak cara lain yang lazat untuk membuat smoothies tinggi protein selain daripada pengambilan serbuk protein.

Salah satu darinya adalah dengan menggunakan  silken tofu  (tofu lembut)  yang akan memberikan  smoothie anda konsistensi yang berkrim

Khasiat Tofu (Tauhu)

Tauhu  merupakan sumber protein lengkap dan kaya dengan vitamin dan mineral seperti mangan, kuprum, selenium, dan besi. Ia juga turut menjadi sumber kalsium yang baik.  Tauhu lembut tidak hanya lazat tetapi juga mempunyai rasa neutral yang sempurna untuk dicampurkan dengan pelbagai bahan serta memberikan tekstur menarik pada smoothie anda.

 

Selain dari itu, tauhu yang diperbuat daripada kacang soya, memiliki keistimewaan dengan kandungan isoflavon yang tinggi. Isoflavon adalah jenis phytoestrogen atau estrogen tumbuhan yang memiliki peranan serupa dengan estrogen manusia, namun kesannya lebih perlahan. Kandungan isoflavon dalam tauhu  mampu mengikat reseptor estrogen dalam badan, menyebabkan aktiviti estrogenik atau anti-estrogenik yang ringan. Ini bermakna beberapa jenis phytoestrogen boleh menyerupai estrogen, menaikkan tahap estrogen dalam badan, manakala yang lain mampu menghalang kesan hormon dan mengurangkan tahap estrogen. Ini akan mengimbangkan tahap estrogen di dalam tubuh kita.

Resipi Smoothie

Berikut adalah resipi smoothie tinggi protein yang menggunakan tauhu lembut yang cepat dan mudah yang anda boleh cuba.

Bahan Bahan

  • 170g tauhu lembut
  • 1 biji pisang beku
  • 3/4 cawan susu badam
  • 1 biji kurma
  • 1 sudu kecil serbuk kakao
  • 1 sudu besar mentega kacang

Cara Penyediaan:

Campurkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga menjadi halus.

* Resipi di atas adalah untuk 2 hidangan

Cara Terbaik Membuat Smoothie Tauhu

  1. Pilih tauhu yang betul: Pastikan anda menggunakan tauhu lembut untuk hasil terbaik.
  2. Pilih pisang masak: Pisang masak dengan bintik perang akan memberikan rasa manis pada smoothie anda.
  3. Gunakan pengisar yang kuat: Pengisar yang kuat akan memastikan ramuan menjadi lembut dan berkrim.
  4. Elakkan penggunaan gula dengan menggunakan pemanis semulajadi seperti madu atau kurma.
  5. Eksperimen dengan perisa semulajadi “Whole Food”: Gabungkan buah-buahan, sayur-sayuran, untuk mencari kombinasi kegemaran anda.

Penyimpanan

Untuk menjaga kekriman dan tekstur smoothie, disarankan untuk dihidangkan serta-merta selepas diadun. Jika perlu disimpan, simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk sehingga 2-3 hari dan goncangkan sebelum diminum.

FAQ:

1. Adakah smoothie tauhu rasanya seperti tauhu?
Smoothie mempunyai rasa tauhu yang sangat sedikit.

2. Bolehkah saya menggunakan tauhu pejal biasa?
Tauhu lembut diperlukan untuk mendapatkan tekstur yang dikehendaki.

3. Bolehkah saya menggunakan buah-buahan beku?
Boleh dan ia juga akan menghasilkan hidangan yang menyegarkan, cuma kadar susu perlu ditambah.

Enjoy your smoothie sisters!