FlowMotion adalah kelas senaman online untuk wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang ingin mencapai matlamat kecergasan mereka melalui GERAKAN MEMBERI IMPACT,
dipadankan dengan latihan rintangan dan regangan untuk memberikan latihan KESAN KESELURUHAN BADAN.
Nikmati pelbagai kelas senaman yang distrim secara langsung atau secara pra-rakam bila anda sign up untuk pakej senaman FlowMotion.
Kuatkan otot dan get toned dengan Strength & Body Toning workout kami. Tingkatkan fleksibiliti anda dan kuatkan core anda dengan pilates. Atau bakar kalori dengan salsation sambil berseronok dan berasa seksi pada masa yang sama. Kelas hanya dibuka untuk golongan wanita sahaja dan pernah sertai program diet kami.
Pass Bulanan RM 69
Sesuai Untuk Semua
100% Online
Pelatih Bertauliah
Dapat bimbingan senaman bersama trainers yang berpengalaman
Support Group Kuat
Saya Minat Program Senaman!
Jom sihatkan badan dan menjalankan pelbagai jenis senaman di rumah anda dengan selesa bersama sisters kami yang lain.
Intake adalah setiap bulan. Sekiranya tarikh untuk intake bulan ini sudah tutup/ penuh, anda akan dimasukkan dalam bulan seterusnya.
Apa yang anda dapat:
• 6 kelas yang disiarkan secara langsung (dengan rakaman boleh didapati 48 jam selepas setiap kelas tamat)
• 2x Salsation
• 2x Strength & Sculpt
Akses selama 1 bulan ke perpustakaan rakaman :
Pilates + Salsation + Strength & Sculpt dan banyak lagi.
Salsation
Senaman salsation antara pergerakan yang membantu menguatkan otot teras kerana ia adalah program kecergasan tarian berasaskan senaman fungsi dengan tumpuan kepada muzik dan ekspresi lirik.
Salsation berasal daripada perkataan ‘salsa’ dan ‘sensation’ diinspirasikan daripada pelbagai jenis budaya, tarian dan program fitness.
Ia menukar protokol functional training kepada rentak tarian bagi memastikan tubuh bergerak secara semula jadi dan cara yang sihat.
Choreography dalam “salsation” ini mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi terhadap musik serta interaksi diantara instructor dan juga peserta.
Strength training ialah penggunaan rintangan (resistance) kepada penguncupan otot (muscle contraction) untuk membina kekuatan, daya tahan anaerobik dan saiz otot rangka. Strength training akan, meningkatkan muscle mass, menguatkan tulang dan meningkatkan fleksibiliti sendi.
Strength Training boleh membantu anda-
1- turunkan berat badan
2- tingkatkan metabolisme anda untuk membantu anda membakar lebih banyak kalori apabila anda tidak bersenam
3- tingkatkan kualiti hidup anda dan meningkatkan keupayaan anda untuk melakukan aktiviti harian
4- lindungi sendi anda daripada kecederaan
Pilates
Pilates ialah sejenis senaman yang menumpukan pada meningkatkan fleksibiliti, kekuatan, dan kesedaran badan melalui pergerakan terkawal.
Fokus utama Pilates adalah pada teras (core) namun, anda boleh dapat melihat peningkatan kekuatan pada lengan dan kaki anda.
Pilates boleh membantu anda:-
1- perbaiki postur
2- kurangkan sakit belakang.
3- halang kecederaan
4- tingkatkan tenaga
5- tingkatkan kesedaran badan (body awareness)
Nurul
Zuzu
Soalan Lazim
FlowMotion adalah program kelas senaman dalam talian untuk wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang ingin mencapai matlamat kecergasan mereka melalui IMPACTFUL MOVEMENT, bersama dengan latihan rintangan dan regangan untuk memberikan latihan KESAN KESELURUHAN BADAN.
Anda boleh menikmati pelbagai kelas senaman yang disiarkan secara live atau pra-rakam apabila anda mendaftar untuk pakej senaman FlowMotion.
Untuk mengakses kelas secara live, anda perlu membeli pas bulanan di www.aafiyalife.com. Setiap pas bulanan yang dibeli pada atau sebelum 25hb setiap bulan akan membolehkan anda menyertai sesi live bersama Aafiya Sisters di Zoom pada bulan berikutnya. Pautan ke sesi Zoom akan disediakan melalui e-mel.
Contoh:
Beli Monthly Pass pada 10hb Jun 2023 – Akses untuk bulan Julai 2023
Beli Monthly Pass pada 27hb Jun 2023 – Akses ke untuk bulan Ogos 2023
Beli Monthly Pass pada 15hb Julai 2023 – Akses untuk bulan Ogos 2023
Beli Monthly Pass pada 26hb Julai 2023 – Akses ke untuk bulan September 2023
– Salsation
– Pilates
– Strength & Sculpt