fbpx

0

Aafiya Life

6 Fakta Menarik Tentang Kepentingan Kesihatan Usus

kesihatan-usus-1

Kebanyakan orang gagal dalam usaha menurunkan berat badan selepas mencuba pelbagai diet dan senaman. Sebilangan besar orang yang mencuba pelbagai diet dan senaman untuk menurunkan berat badan gagal. Kenapa? Ini adalah kerana mereka tidak mengambil kira faktor penting lain yang biasanya dilepas pandang seperti kesihatan usus untuk menurunkan berat badan atau mencegah diet yoyo. Akan tetapi, cara ini hanya berkesan kepada sesetengah golongan terutamanya golongan muda. Tetapi bagi sebilangan besar populasi, tidak akan berjaya, walaupun setelah cuba sebaik mungkin.

#1 – Kepentingan Kesihatan Usus

Faktor yang tidak ada dalam kebanyakan program penurunan berat badan adalah pembersihan usus anda.

Sekiranya konsep pembersihan usus adalah perkara yang baru untuk anda, ini mungkin seperti satu pernyataan yang ganjil. Tetapi, cuba pertimbangkan ini. Usus yang tidak sihat bukan sahaja akan menggagalkan usaha penurunan berat badan, tetapi juga akan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti sentiasa penat dan lesu, tidur terganggu, kenaikan berat badan, sakit-sakit badan, proses penuaan pramatang, ruam kulit yang berpanjangan, sembelit atau cirit-birit, kembung perut dan angin, kekejagan semasa haid dan/atau sakit kepala. Ini hanya beberapa gejala usus toksik yang tersumbat. Apa kaitannya dengan penurunan berat badan?

#2 – Macam Mana Fungsi Usus Sihat?

Dalam usus besar yang sihat dan berfungsi secara normal, makanan yang kita makan senang dihadam, nutrien dapat diserap oleh usus kecil dan besar, bakteria baik yang menghasilkan vitamin dan nutrien akan dihantar ke seluruh badan untuk  memberi makanan kepada sel tubuh kita. Fungsi usus yang normal ini menghasilkan hormon yang kita perlukan dan menjadikan kadar metabolisme sentiasa tinggi, yang  amat diperlukan untuk menurunkan berat badan. Masalah besar di zaman moden ini adalah kita sentiasa terdedah kepada toksin dalam kehidupan seharian, seperti bahan kimia, racun perosak , bahan pengawet dan pencemaran udara.

#3 – Pendedahan Toksin Yang Mengacau Kesihatan Usus

kesihatan-usus-3

Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada tahap toksin yang tinggi dalam badan adalah makanan yang diproses.  Untuk meraih keuntungan, industri makanan banyak mengubah makanan semula jadi yang asalnya bagus untuk kita kepada sesuatu yang tidak sihat dengan  menambahkan pengawet, pewarna dan bahan kimia. Hasilnya industri mendapat keuntungan yang besar, tetapi mengorbankan kesihatan kita.

#4 – Akibat Makan Makanan Diproses Kepada Kesihatan Usus

Anda mungkin tidak sedar yang makanan seperti roti putih, fast food, gula, mi segera, tepung putih, produk tenusu, daging yang disuntik hormon dan lain-lain makanan yang diproses akan menimbulkan kekacauan kepada sistem pencernaan kita Makanan yang kita makan sepatutnya harus dicerna dan dibuang dalam masa 24 jam, tetapi jika banyak makan makanan diproses boleh memakan waktu 5 – 6 hari.

#5 – Kepentingan Pencernaan Terhadap Kesihatan Usus

Makanan yang tidak dihadam dengan betul  akan membuat usus tersumbat yang menyebabkan anda sukar menyerap nutrien yang tubuh anda perlukan. Apabila terlalu banyak makanan yang tersumbat, bahan ini menjadi toksik dan akan menjadi sangat sukar untuk dihapuskan. Tahukah bahawa seseorang boleh menyimpan 2 hingga 9 kg kotoran lama dalam usus jika sistem percernaan tersumbat. Ini menyebabkan penyempitan saluran usus yang membawa kepada masalah sembelit dan lain- lain penyakit.

#6 – Efek Pemakanan Tidak Sihat Ke Atas Kesihatan Usus

Anda mungkin merasa kenyang dengan makanan kebiasaan orang Malaysia yang banyak “refined carbs”, berminyak dan bergula  tetapi ia tidak memberi cukup nutrient yang diperlukan oleh tubuh anda. Sekiranya amalan pemakanan yang tidak sihat berterusan, usus pun akan tersumbat dan lama – kelamaan badan anda akan  menjadi terdesak untuk menghilangkan penumpukan toksik. Ini memberi tekanan yang luar biasa pada hati dan buah pinggang, badan anda akan cuba membuang toksin melalui organ lain seperti kulit. Hasilnya anda akan mendapat ruam, penuaan kulit secara pramatang , metabolisme menjadi perlahan sehingga sukar menurunkan berat badan dan gejala-gejala lain.

Jom Buat Pembersihan Usus Untuk Kesihatan Usus

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dan menjadi sihat, serta merasa lebih bertenaga, perkara utama yang anda perlu lakukan ialah pembersihan usus dimana fokusnya untuk menghilangkan penumpukan toksin. Ini boleh dilakukan hanya dengan pemakanan yang sihat, khas untuk menyembuhkan usus. Setelah usus berjaya disembuhkan, langkah seterusnya dalam mencapai matlamat penurunan berat badan ialah dengan memakan makanan yang sihat, minum air yang banyak dan bersenam. 

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang program Reset Badan Wholesome 5 yang hanya menggunakan makanan “Whole Food” tanpa ubat, produk atau supplemen, sila klik di sini. Untuk tips kesihatan dan gaya hidup terkini, sila ikuti laman media sosial kami di FacebookInstagram and TikTok.

Penafian: Perkara di atas ditawarkan sebagai maklumat sahaja dan tidak bertujuan untuk mendiagnosis atau merawat penyakit. Sentiasa berjumpa dengan pengamal penjagaan kesihatan yang berkelayakan sebelum mencuba program pembersihan usus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *