0

Aafiya Life

POLISI PEMBAYARAN BALIK & PEMBATALAN

POLISI BAYARAN BALIK DAN PEMBATALAN – AAFIYA LIFE

Dokumen ini menjadi sebahagian daripada terma dan syarat pembelian bagi semua produk dan program Aafiya Life. Dengan membuat pembayaran, anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan polisi ini.

  1. Pembelian dengan Bayaran Penuh

Pengembalian wang penuh hanya akan dipertimbangkan bagi permohonan bertulis yang diterima sebelum tarikh mula program, untuk pembelian berikut:

  • Balance & Burn Masterclass
  • PW5 Personalised Chrono-Gen Method
  • PW5 Personalised Chrono-Gen Method Plus
  • Eternal Queen

Tiada bayaran balik akan diproses sekiranya program telah bermula.

  1. Pembelian dengan Pelan Pembayaran Mudah (Easy Payment Plan)

Bagi pembelian menggunakan pelan pembayaran mudah, semua bayaran yang telah dibuat adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan bagi:

  • PW5 Plus Flexi
  • Eternal Queen Flexi

Walau bagaimanapun, anda mempunyai pilihan untuk:

  • Memindahkan pembayaran ke program lain yang dianjurkan oleh Aafiya Life, ATAU
  • Memindahkan hak penyertaan kepada pihak ketiga (mesti dimaklumkan secara bertulis kepada Aafiya Life sekurang-kurangnya 7 hari sebelum program bermula).
  1. Pembelian Kursus Online

Bagi kursus YOminda Fundamental Series, tiada bayaran balik akan dikeluarkan untuk sebarang pembayaran yang dibuat.

  1. Cara Memohon Bayaran Balik

Permohonan bayaran balik mesti dihantar secara bertulis ke aafiya.lifestyle@gmail.com, dengan menyertakan:

  • Butiran penuh pembelian
  • Sebab permohonan bayaran balik
  • Sebarang bukti sokongan (jika berkaitan)

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menepati syarat polisi ini tidak akan diproses.

 

  1. Proses dan Masa Bayaran Balik
  • Permohonan yang diluluskan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen lengkap.
  • Dana akan dikreditkan semula ke kaedah pembayaran asal (melainkan dipersetujui sebaliknya) dalam tempoh sehingga 14 hari bekerja selepas proses dilengkapkan.
  1. Pengecualian

Polisi ini tidak terpakai sekiranya pembelian dibuat melalui pihak ketiga atau ejen jualan yang mempunyai polisi bayaran balik tersendiri.