fbpx

0

Aafiya Life

Kenali kami

Aafiya Life diasaskan oleh 2 wanita  yang menjadikannya misi kami untuk membantu anda mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik.  Kami secara individu bergelut dengan masalah kesihatan , berat badan  berlebihan, dan  sentiasa kekurangan tenaga pada satu  masa dulu . Tetapi sekarang tidak lagi. Kami mengubah kehidupan kami  setelah membuat keputusan untuk berbuat  sesuatu tentang  kesihatan dan kebahagiaan kami. Kami menemui Rahsia Menurunkan Berat Badan dan Kesihatan Optima melalui kerjasama dengan seorang pakar pemakanan.

Kami passionate untuk berkongsi tentang maklumat kesihatan  dan kesejahteraan fizikal kerana melalui perjalanan peribadi kami sendiri,  kami belajar yang  makanan yang kami pilih dan menjaga tibuh boleh memberi kesan langsung secara mental dan emosi. Kami mula benar-benar menghargai bahawa pilihan makanan yang kami buat mempengaruhi tubuh badan kami pada tahap yang lebih dalam. 

Setelah kami memahami dengan lebih baik bagaimana tubuh kita bertindak balas terhadap makanan tertentu dan mula mengamalkan cara pemakanan baru,  kami  menyedari bahawa ia  benar-benar memberikan perubahan ketara.  Bukan hanya menurunkan berat badan, kami juga bertenaga, gembira, yakin diri, kelihatan lebih berseri dan lebih menikmati kehidupan secara am.

 Anda juga boleh mencapai  berat badan ideal dan dapat mengekalkannya dengan mudah, tanpa pengambilan produk kurus dan  tidak perlu  diet sepanjang masa seperti kami.  ​​Kami yakin kaedah kami efektif  kerana kami telah melatih ramai  orang  untuk berjaya menurunkan berat badan dan mencapai matlamat kesihatan mereka.

Sekiranya anda bersedia menjalani kehidupan yang lebih sejahtera, kelihatan langsing dan anggun, mempunyai tahap  kesihatan yang baik,  anda berada di tempat yang tepat. Kami sangat gembira dapat anda di sini!

Aafiyah Life Founders
Aafiyalife Patern
Hazlina
Read More
Aafiyalife Patern
Suzana
Read More

Hazlina

Kenapa saya berubah?

Hati manusia ni kalau dah tiba waktunya tuhan boleh ubah begitu je. Takde drama apa pun. Cuma satu hari saya timbang dan tersedar saya dah mencecah obesiti. Tak pernah seumur hidup saya. Tersentaklah. Ini kerana saya mempunyai ketinggian mengalah seorang model, 175cm. Makanya kalau nak capai BMI obesiti tu perlu naik banyak. Ya betul saya berada pada range 76 – 78 kg waktu tu.

Apa yang saya lakukan?
Saya dapat turunkan berat sebanyak 11 kg dalam 6 minggu dengan intermittent fasting dan elakkan refined sugar, refined flour, processed food. Tiada langsung senaman sebab waktu tu saya mengalami sakit lutut. Nak naik tangga pun sakit.

Mula-mula memang sengsara jugalah tapi saya tekad. Biar susah-susah dahulu tapi bersenang-senang kemudian. Tahankan juga especially makanan manis. Saya ni sweet tooth, suka makan dessert. Langsung tak amik gula tu satu cabaran besar. Hanya manisan dari buah-buahan saje yang saya benarkan.

Pada awal memang saya amalkan minum smoothie esp green smoothie, untuk gantikan 1 meal. Setiap gelas smoothie mengandungi paling kurang 4 servings sayur mentah dan 1 serving buah. Saya tambahkan juga chia seeds dan ground flaxseed. Saya juga akan tambahkan 1 sudu spirulina yang bersamaan 5 servings sayur. Sudah 12 servings plant based di situ. Kalau makan sayur buat salad / masak memang tak akan tertelan sebanyak tu! Tekak pun tak biasa lagi makan sayur banyak-banyak masa tu.


Setelah 2 minggu mega dose veggies dan air kosong, turmeric juice dan apple cider vinegar, akhirnya taste buds saya berubah. Bila makan di luar serba serbi terasa manis, masin, berminyak dan berlemak.

Naturally saya tolak makanan-makanan tersebut. Nak makan KFC, McD memang tak lah. Kalau dulu saya tak suka masak, kini setiap hari saya masak, belajar masak, sebab makanan kat luar tu tak boleh diterima tekak saya ni.

Setelah beberapa bulan turun berat badan dan capai berat ideal, saya diuji dengan masalah kesihatan. Doktor beritahu mereka dapati saya mempunyai ketumbuhan ovari. Endometriosis saya kembali lagi walaupun telah 3 kali menjalani pembedahan untuk membuangnya! Kali ni doktor kata nampak banyak bercantum-cantum dan yang paling besar adalah sebesar tapak tangan.  

Saya dirujuk kepada pakar sakit puan. Oleh kerana saya mengalami komplikasi sewaktu pembedahan yang terdahulu, maka doktor tidak mahu mengambil risiko dengan melakukan pembedahan untuk kali yang ke4. Tiada apa yang dapat doktor lakukan

Apa berlaku dengan endometriosis saya? 

Saya tak mengalah. Saya buat research sendiri. Saya dapati ada 2 cara yang boleh merawat penyakit over growth cells seperti saya. 

Puasa cara autophagy

Makan plant – sayur, buah, herbs, spices 

Selepas 3 bulan, saya berjumpa pakar sakit puan kembali. Doktor tak dapat kesan ketumbuhan saya menggunakan ultrasound! Gembiranya saya. Untuk kepastian saya kena menjalani CT Scan sekali lagi. 

Result CT Scan menunjukkan endo saya masih ada tapi telah mengecil. Alhamdulillah kini (last check bulan july) tinggal 4cm. 

Kesemua pengalaman ini telah membuka mata saya. Real Food is the Real Medicine. Saya mula mendalami ilmu, belajar dan belajar. 

Saya, Hazlina Churai Mee, 48, seorang Akauntan secara profesion tapi kini Certified Health and Nutrition Life Coach. Inilah perjalanan hidup saya sepanjang 3 tahun ini, maintain pada 61 kg. Saya kini membantu wanita-wanita di luar sana yang perlukan pertolongan dengan memberi mereka ilmu. Ilmu yang akan membuatkan kita sedar dan berubah, dengan izin-Nya.

 

Love Joy and Peace

Coach Haz @ Aafiya Life

Co Founder

Suzana

Nama saya Suzana. Saya berumur 50 tahun. Ibu kepada 3 orang anak. Saya adalah Co Founder Aafiya Life. Jalan cerita saya agak berbeza daripada sahabat tercinta, Co Founder seorang lagi Hazlina Mohd Nor. Tetapi kami berdua mempunyai firm belief yang Real Food is Real Medicine setelah melalui life transformation dengan mengubah cara pemakanan. Dengan itu tertubuhnya Aafiya Life. Aafiya bermaksud kesihatan di dalam bahasa Arab. 

Tidak lama dahulu, saya seorang yang overweight, terlalu sibuk, selalu rasa letih sehingga saya tidak dapat menumpukan perhatian pada tanggungjawab saya dengan baik. Saya tidak selesa melihat diri saya di cermin, hilang keyakinan diri, merasa kecewa kerana saya tidak mempunyai tenaga untuk melakukan perkara-perkara yang menggembirakan saya dan mengalami anxiety. Saya agak “lost”. Merasa seperti saya hidup dari hari ke hari, terkejar-kejar masa, hanya untuk memenuhi tuntutan hidup yang seperti perjuangan yang tidak pernah berakhir. 

 Ketinggian saya ialah 165cm. Sebelum ini berat badan saya berlebihan 13kg. Saya mencuba pelbagai kaedah dan menghabiskan banyak wang untuk mengurangkan berat badan. Saya mencuba diet popular, meal replacement, pergi ke gym dan pusat pelangsingan badan. Tetapi tidak ada hasil yang berkekalan. Kalau berat turun pun, sebulan dua lepas itu, akan naik balik. Nak exercise pun rasa tidak berdaya. Saya pernah rasa macam nak give up terus, terima hakikat bahawa sebagai seorang wanita berusia 40-an sukar untuk menurunkan berat badan dan terpaksa akur dengan keadaan. 

 Tetapi 3 tahun yang lalu, takdir telah menemukan saya dengan insan yang sangat istimewa, yang kini menjadi rakan baik dan rakan niaga saya, Certified Health & Nutrition Life Coach, Hazlina Mohd Nor. Saya amat teruja dengan cerita Hazlina yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan hanya mengamalkan cara pemakanan yang betul. 

 Masa itu baru saya sedar yang saya begitu jahil sebenarnya tentang pemakanan. Segala processed foods, gula, fast food yang saya ambil sebelum itu yang menyebabkan badan saya naik. Bukan itu saja, stress pun adalah salah satu punca utama overweight. 

Pertama sekali saya lakukan setelah mendapat ilmu adalah, tinggalkan gula, tinggalkan makanan berproses dan makan banyak sayur-sayuran. Saya juga mengamalkan intermittent fasting dan cuba pastikan makanan saya padat nutrisi. Mantra yang selalu dalam kepala saya pada masa itu adalah “Setiap kali saya makan adalah peluang untuk menyembuh dan menyihatkan badan saya”. 

 

Alhamdulillah, dengan bimbingan yang betul saya dapat reset badan saya dan mencapai berat badan ideal dalam masa 5 bulan. Ini adalah 2 tahun yang lepas. Amat bersyukur kerana sejak itu saya mengekalkan berat badan ideal saya sebanyak 57kg sehingga sekarang. Saya tak adalah berdiet sentiasa, dan tidak kira kalori tetapi saya cuba sebanyak mungkin untuk mengambil makanan yang nutrient dense dan develop a better relationship with food. 

 

Perjalanan saya telah mengajar saya bahawa tubuh kita mempunyai keupayaan untuk sembuh dengan sendiri apabila we go back to basics dan berikan diri kita cukup nourishment.. seperti makanan lengkap yang berkhasiat, regular movement, sunlight, tidur yang secukupnya dan jiwa yang tenang. Akan tetapi yang paling penting adalah kita sayangkan diri kita.

Love & light

Suzana

Pattern bg

Apa Kata Mereka

Jom dengar pengakuan jujur peserta program kami yang berjaya turunkan 2kg hingga 4kg dalam 5 hari
Gina Testimonial
Aini Testimonial
Nina Testimonial
Susan Testimonial
Dini Testimonial
Azreen testimonial

Daftar untuk masuk ke waitlist

Program Wholesome5




    Saya, Susanna Ameriyanti Suwandi,seorang suri rumah yang berumur 49 tahun

    Sebelum ini saya banyak terlibat dengan aktiviti riadhah fizikal seperti hiking, zumba, mini marathon dan sebagainya. Bagaimanapun, setelah mengalami kecederaan lutut beberapa tahun yang lalu, keterlibatan saya di dalam aktiviti riadhah berkenaan amat terbatas.

    Akibatnya, saya mengalami kenaikan berat tubuh badan secara mendadak dan tidak terkawal. Saya juga mengalami insomnia dan keyakinan diri saya di dalam aktiviti sosial amat terkesan.

    Apabila mula diperkenalkan kepada program "Wholesome Five" oleh Aafiya Life saya mengaku saya merasa sangsi akan keberkesanannya kerana saya telah cuba berkali2 utk diet tanpa sebarang hasil yang memberangsangkan.

    Tetapi setelah mengamalkan program "Wholesome Five" saya amat gembira dengan hasilnya. Dengan support system yang first class daripada coach Aafiya Life Team dan peserta2 lain…Kami hanya perlu mengambil makanan kaya nutrien yang sangat sedap dengan resepi dan pelan yang disediakan. Setelah hanya lima hari saya berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 3 kilo. Bukan itu saja, saya dapat tidur dengan nyenyak pada setiap malam, rasa amat segar bila bangun setiap pagi dan rasa sungguh aktif dan tak mengantuk sepanjang hari dan yang paling penting saya belajar bagaimana caranya mengamalkan pemakanan yang sihat.

    Bagi mereka yang bertekad untuk menurunkan berat badan mereka dan meningkatkan kesihatan secara mampu mampan dan menyeluruh saya mengesyorkan programme wholesome 5 ini.

    Tidak lama dahulu, saya adalah orang yang overweight sebanyak 12kg, selalu merasa letih sehingga tidak mampu fokus kepada pekerjaan dan tanggungjawab terhadap keluarga dengan baik. Saya merasa benci lihat diri saya setiap hari , tidak percaya pada diri sendiri, selalu merasa kecewa kerana tidak dapat memakai pakaian yang saya mahu dan mengalami anxiety.

    Saya merasakan bahawa saya hanya hidup dari hari ke hari, semata- mata untuk memenuhi
    tuntutan hidup yang seperti perjuangan yang tidak pernah berakhir.

    Saya telah mencuba banyak jenis diet popular, pengganti makanan dan berkunjung ke pusat
    pelangsingan badan .

    Semuanya tidak mendatangkan hasil yang berpanjangan.

    Saya pernah hilang harapan dan menyangka bahawa saya hanya perlu menerima hakikat sebagai
    seorang wanita pada usia 40-an sukar untuk menurunkan berat badan, dan saya tidak lagi dapat
    memiliki sosok langsing seperti ketika saya lebih muda dan tidak akan mencapai berat badan ideal
    saya selama-lamanya.

    Tetapi apabila saya di perkenalkan kepada cara pemakanan yang betul, yang menitik beratkan nutrisi dan pembersihan badan, saya telah berjaya menurunkan berat badan berlebihan sebanyak 12kg dan dapat mengekalkan berat badan ideal saya selama lebih dari 2 tahun tanpa perlu mengira kalori atau tanpa sentiasa perlu berdiet Saya berasa lebih bertenaga sekarang pada usia 50 tahun berbanding
    ketika saya berusia 30 tahun. Ramai juga yang mengatakan saya nampak lebih muda dari usia saya.

    Minat saya terhadap cara pemakanan sihat makin meningkat dan saya mula melakukan banyak
    penyelidikan mendalam untuk mengetahui bagaimana makanan dapat menyembuhkan badan kita
    dan secara tidak langsung menurunkan berat dengan cara sihat.

    Sejak itu, saya telah membantu ramai wanita untuk mencapai berat badan ideal mereka Saya
    menjadikan misi saya untuk memberi sokongan dan bimbingan yang tepat kepada wanita lain yang mempunyai masaalah berat badan seperti saya dulu.

    Saya mula naik badan setelah melahirkan anak. Sewaktu itu saya tidak tahu apa-apa tentang nutrien.
    Saya cuma dengar untuk kurus kita kena kurangkan kalori yang masuk. Maka saya ingat cara terbaik adalah dengan kurangkan nasi.

    Saya berhenti mengambil nasi selama 2 bulan untuk turun sebanyak 6 kg. Tapi mana mungkin saya
    berterusan begitu dan akhirnya saya lepas geram dan makan semula dengan banyak.

    Saya kemudian didiagnos menghidap endometriosis, satu penyakit ketidakseimbangan hormon.
    Oleh kerana diet yang tidak sihat dan sentiasa stres dan tidak cukup tidur, penyakit ini tetap
    berulang hingga menyebabkan saya terpaksa melakukan 3 kali pembedahan.

    Semakin usia meningkat ditambah dengan penyakit dan gaya hidup yang tidak juga berubah, berat saya semakin bertambah sehingga mencecah obesiti!

    Setelah belajar mengenai pemakanan dari pakar nutrisi, saya mula berusaha menurunkan berat
    badan saya dan berhasil – turun sebanyak 11 kg dalam tempoh 6 minggu sahaja! Tidak lama
    kemudian saya berjaya mencapai berat ideal dan maintain hingga kini, setelah 3 tahun.

    Saya diuji lagi. Rupa-rupanya endometriosis saya berulang lagi buat kali ke 4. Kali ini doctor tidak
    mampu berbuat apa-apa.

    Saya membuat penyelidikan sendiri , mencari makanan apa yang boleh membantu penyakit saya.
    Alhamdulillah keajaiban kedua berlaku! Akhirnya dengan diet yang betul, ketumbuhan saya kini
    semakin mengecil. Ini membuktikan, pemakanan yang betul dan berpuasa dapat menyembuhkan!
    Food is The Real Medicine.

    Sejak itu saya berusaha menambah ilmu berkaitan dengan pemakanan dan cara peyembuhan secara holistik. Kini saya berkongsi pula ilmu dan pengalaman yang terkumpul kepada golongan wanita terutamanya yang ingin mendapatkan tubuh badan yang sihat dan langsing secara semulajadi dengan mengubah pemakanan dan gaya hidup mereka.