0

Aafiya Life

Kaitan Penurunan Berat Badan dengan Kesihatan Usus

Kebanyakan orang gagal dalam usaha menurunkan berat badan selepas mencuba pelbagai diet dan senaman.Sebilangan besar orang yang mencuba pelbagai diet dan senaman untuk menurunkan berat badan gagal. Kenapa? Ini adalah kerana mereka tidak mengambil kira faktor penting untuk menurunkan berat badan atau mencegah diet yoyo. Garis panduan  biasa yang anda  selalu dapati ialah, untuk menurunkan berat badan anda perlu berdiet dan bersenam. Akan tetapi, cara ini hanya berkesan kepada sesetengah golongan terutamanya golongan muda. Tetapi bagi sebilangan besar populasi, tidak akan berjaya, walaupun setelah cuba sebaik mungkin.

Kaitan Penurunan Berat Badan dengan Kesihatan Usus

Faktor yang tidak ada dalam kebanyakan program penurunan berat badan adalah, pembersihan usus anda. Sekiranya konsep  pembersihan usus adalah perkara yang baru untuk anda,  ini mungkin seperti  satu pernyataan yang ganjil. Tetapi, cuba pertimbangkan ini;

usus yang tidak sihat bukan sahaja akan menggagalkan usaha penurunan berat badan, tetapi juga akan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti:

  • Sentiasa penat dan lesu
  • Tidur yang terganggu
  • Kenaikan berat badan
  • Sakit-sakit badan
  • Proses penuaan pramatang
  • Ruam kulit yang berpanjangan
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Kembung perut dan angin
  • Kekejangan semasa haid
  • Sakit kepala

Ini hanya beberapa gejala usus toksik yang tersumbat. Apa kaitannya dengan penurunan berat badan?

Dalam usus besar yang sihat dan berfungsi secara normal, makanan yang kita makan senang dihadam, nutrien dapat diserap oleh usus kecil dan besar, bakteria baik yang menghasilkan vitamin dan nutrien akan dihantar ke seluruh badan untuk  memberi makanan kepada sel tubuh kita. Fungsi usus yang normal ini menghasilkan hormon yang kita perlukan dan menjadikan kadar metabolisme sentiasa tinggi, yang  amat diperlukan untuk menurunkan  berat badan. Masalah besar di zaman moden ini adalah kita sentiasa terdedah kepada toksin dalam kehidupan seharian, seperti bahan kimia, racun perosak , bahan pengawet dan pencemaran udara.

Kaitan Penurunan Berat Badan dengan Kesihatan Usus

Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada tahap toksin yang tinggi dalam badan adalah makanan yang diproses.  Untuk meraih keuntungan, industri makanan banyak mengubah makanan semula jadi yang asalnya bagus untuk kita kepada sesuatu yang  tidak sihat dengan  menambahkan pengawet, pewarna dan bahan kimia. Hasilnya industri mendapat keuntungan yang besar, tetapi mengorbankan kesihatan kita.

Renung sejenak dan lihatlah di sekeliling anda dan anda akan mendapati begitu ramai yang mempunyai masalah obesiti dan penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain. Malah, mengikut satu pernyataan di laman web WHO, Malaysia mempunyai kadar obesiti dan berat badan tertinggi di negara-negara Asia dengan 64% lelaki dan 65% populasi wanita,  sama ada gemuk atau mempunyai berat badan berlebihan. (Sumber: Malaysia and WHO call for more investment in primary health care the 21st century, 8 April 2019)

Anda mungkin tidak sedar yang makanan seperti roti putih, fast food, gula, mi segera, tepung putih, produk tenusu, daging yang disuntik hormon dan lain-lain makanan yang diproses akan menimbulkan kekacauan kepada sistem pencernaan kita.

Kaitan Penurunan Berat Badan dengan Kesihatan Usus

Makanan yang kita makan sepatutnya harus dicerna dan dibuang dalam masa 24 jam, tetapi jika banyak makan makanan diproses boleh memakan waktu 5 hingga 6 hari.

Makanan yang tidak dihadam dengan betul  akan membuat usus  tersumbat yang menyebabkan anda sukar menyerap nutrien yang tubuh anda perlukan. Apabila terlalu banyak makanan yang tersumbat, bahan ini menjadi toksik dan akan menjadi sangat sukar untuk dihapuskan. Tahukah bahawa seseorang boleh menyimpan 2 hingga 9 kg  kotoran lama dalam usus jika sistem percernaan tersumbat. Ini menyebabkan penyempitan saluran usus yang membawa kepada masalah sembelit dan lain- lain penyakit.

Anda mungkin merasa kenyang dengan makanan kebiasaan orang Malaysia yang banyak “refined carbs”, berminyak dan bergula  tetapi ia tidak memberi cukup nutrient yang diperlukan oleh tubuh anda. Sekiranya amalan pemakanan yang tidak sihat berterusan, usus pun akan tersumbat dan lama – kelamaan badan anda akan  menjadi terdesak untuk menghilangkan penumpukan toksik. Ini memberi tekanan yang luar biasa pada hati dan buah pinggang, badan anda akan cuba membuang toksin melalui organ lain seperti kulit. Hasilnya anda akan mendapat ruam , penuaan kulit secara pramatang , metabolisme menjadi perlahan sehingga sukar menurunkan berat badan dan gejala-gejala lain.

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dan menjadi sihat, serta merasa lebih bertenaga, perkara utama yang anda perlu lakukan ialah pembersihan usus dimana fokusnya untuk menghilangkan penumpukan toksin. Ini boleh dilakukan hanya dengan pemakanan yang sihat, khas untuk menyembuhkan usus. Setelah usus berjaya disembuhkan, langkah seterusnya dalam mencapai matlamat penurunan berat badan ialah dengan memakan makanan yang sihat, minum air yang banyak dan bersenam. 

Kaitan Penurunan Berat Badan dengan Kesihatan Usus

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang program Reset Badan Wholesome 5 yang hanya menggunakan makanan “Whole Food” tanpa ubat, produk atau supplemen, sila klik di sini.

Penafian: Perkara di atas ditawarkan sebagai maklumat sahaja dan tidak bertujuan untuk mendiagnosis atau merawat penyakit. Sentiasa berjumpa dengan pengamal penjagaan kesihatan yang berkelayakan sebelum mencuba program pembersihan usus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Daftar untuk masuk ke waitlist

Program Wholesome5




    Resipi & Meal Plan Eat Clean



      Saya, Susanna Ameriyanti Suwandi,seorang suri rumah yang berumur 49 tahun

      Sebelum ini saya banyak terlibat dengan aktiviti riadhah fizikal seperti hiking, zumba, mini marathon dan sebagainya. Bagaimanapun, setelah mengalami kecederaan lutut beberapa tahun yang lalu, keterlibatan saya di dalam aktiviti riadhah berkenaan amat terbatas.

      Akibatnya, saya mengalami kenaikan berat tubuh badan secara mendadak dan tidak terkawal. Saya juga mengalami insomnia dan keyakinan diri saya di dalam aktiviti sosial amat terkesan.

      Apabila mula diperkenalkan kepada program "Wholesome Five" oleh Aafiya Life saya mengaku saya merasa sangsi akan keberkesanannya kerana saya telah cuba berkali2 utk diet tanpa sebarang hasil yang memberangsangkan.

      Tetapi setelah mengamalkan program "Wholesome Five" saya amat gembira dengan hasilnya. Dengan support system yang first class daripada coach Aafiya Life Team dan peserta2 lain…Kami hanya perlu mengambil makanan kaya nutrien yang sangat sedap dengan resepi dan pelan yang disediakan. Setelah hanya lima hari saya berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 3 kilo. Bukan itu saja, saya dapat tidur dengan nyenyak pada setiap malam, rasa amat segar bila bangun setiap pagi dan rasa sungguh aktif dan tak mengantuk sepanjang hari dan yang paling penting saya belajar bagaimana caranya mengamalkan pemakanan yang sihat.

      Bagi mereka yang bertekad untuk menurunkan berat badan mereka dan meningkatkan kesihatan secara mampu mampan dan menyeluruh saya mengesyorkan programme wholesome 5 ini.

      Tidak lama dahulu, saya adalah orang yang overweight sebanyak 12kg, selalu merasa letih sehingga tidak mampu fokus kepada pekerjaan dan tanggungjawab terhadap keluarga dengan baik. Saya merasa benci lihat diri saya setiap hari , tidak percaya pada diri sendiri, selalu merasa kecewa kerana tidak dapat memakai pakaian yang saya mahu dan mengalami anxiety.

      Saya merasakan bahawa saya hanya hidup dari hari ke hari, semata- mata untuk memenuhi
      tuntutan hidup yang seperti perjuangan yang tidak pernah berakhir.

      Saya telah mencuba banyak jenis diet popular, pengganti makanan dan berkunjung ke pusat
      pelangsingan badan .

      Semuanya tidak mendatangkan hasil yang berpanjangan.

      Saya pernah hilang harapan dan menyangka bahawa saya hanya perlu menerima hakikat sebagai
      seorang wanita pada usia 40-an sukar untuk menurunkan berat badan, dan saya tidak lagi dapat
      memiliki sosok langsing seperti ketika saya lebih muda dan tidak akan mencapai berat badan ideal
      saya selama-lamanya.

      Tetapi apabila saya di perkenalkan kepada cara pemakanan yang betul, yang menitik beratkan nutrisi dan pembersihan badan, saya telah berjaya menurunkan berat badan berlebihan sebanyak 12kg dan dapat mengekalkan berat badan ideal saya selama lebih dari 2 tahun tanpa perlu mengira kalori atau tanpa sentiasa perlu berdiet Saya berasa lebih bertenaga sekarang pada usia 50 tahun berbanding
      ketika saya berusia 30 tahun. Ramai juga yang mengatakan saya nampak lebih muda dari usia saya.

      Minat saya terhadap cara pemakanan sihat makin meningkat dan saya mula melakukan banyak
      penyelidikan mendalam untuk mengetahui bagaimana makanan dapat menyembuhkan badan kita
      dan secara tidak langsung menurunkan berat dengan cara sihat.

      Sejak itu, saya telah membantu ramai wanita untuk mencapai berat badan ideal mereka Saya
      menjadikan misi saya untuk memberi sokongan dan bimbingan yang tepat kepada wanita lain yang mempunyai masaalah berat badan seperti saya dulu.

      Saya mula naik badan setelah melahirkan anak. Sewaktu itu saya tidak tahu apa-apa tentang nutrien.
      Saya cuma dengar untuk kurus kita kena kurangkan kalori yang masuk. Maka saya ingat cara terbaik adalah dengan kurangkan nasi.

      Saya berhenti mengambil nasi selama 2 bulan untuk turun sebanyak 6 kg. Tapi mana mungkin saya
      berterusan begitu dan akhirnya saya lepas geram dan makan semula dengan banyak.

      Saya kemudian didiagnos menghidap endometriosis, satu penyakit ketidakseimbangan hormon.
      Oleh kerana diet yang tidak sihat dan sentiasa stres dan tidak cukup tidur, penyakit ini tetap
      berulang hingga menyebabkan saya terpaksa melakukan 3 kali pembedahan.

      Semakin usia meningkat ditambah dengan penyakit dan gaya hidup yang tidak juga berubah, berat saya semakin bertambah sehingga mencecah obesiti!

      Setelah belajar mengenai pemakanan dari pakar nutrisi, saya mula berusaha menurunkan berat
      badan saya dan berhasil – turun sebanyak 11 kg dalam tempoh 6 minggu sahaja! Tidak lama
      kemudian saya berjaya mencapai berat ideal dan maintain hingga kini, setelah 3 tahun.

      Saya diuji lagi. Rupa-rupanya endometriosis saya berulang lagi buat kali ke 4. Kali ini doctor tidak
      mampu berbuat apa-apa.

      Saya membuat penyelidikan sendiri , mencari makanan apa yang boleh membantu penyakit saya.
      Alhamdulillah keajaiban kedua berlaku! Akhirnya dengan diet yang betul, ketumbuhan saya kini
      semakin mengecil. Ini membuktikan, pemakanan yang betul dan berpuasa dapat menyembuhkan!
      Food is The Real Medicine.

      Sejak itu saya berusaha menambah ilmu berkaitan dengan pemakanan dan cara peyembuhan secara holistik. Kini saya berkongsi pula ilmu dan pengalaman yang terkumpul kepada golongan wanita terutamanya yang ingin mendapatkan tubuh badan yang sihat dan langsing secara semulajadi dengan mengubah pemakanan dan gaya hidup mereka.