fbpx

0

Aafiya Life

Program Wholesome 5 June

Current Status
Not Enrolled
Price
Closed
Get Started
This course is currently closed

You are not yet enrolled in this course.

Program Wholesome 5
Intake June 2021 :

5 Jun hingga 26 Jun 2021
100 Money Back Guarantee

30 Days Money Back Guarantee

Harga Kursus RM222 RM794 Diskaun 72%

Penerangan Program

Anda akan mengalami pembaharuan yang menyeluruh dengan Program Wholesome5 kerana ia bukanlah sejenis  diet tetapi ia adalah gaya hidup baru

Program Wholesome5 (PW5) adalah program coaching 3 minggu  untuk wanita  yang mengajar cara pemakanan optimum yang berasaskan “Whole Food” adalah penawar segala masalah kesihatan, termasuk obesiti. “Whole food” bermakna makanan semula jadi yang tidak diproses ataupun telah diproses secara minima semasa anda memakannya.

Setelah menjalani Program Wholesome5 anda tak perlu menahan diri ,sebaliknya anda akan belajar untuk melatihkan tubuh anda untuk sentiasa ingin makan makanan berkualiti tinggi yang diperlukan untuk tubuh anda sentiasa sihat, langsing dan bertenaga

Module Program

Kelas group coaching online secara Live – Sessi Pertama – 2 jam
Apa itu PW5 dan bagaimana ia dapat melistarikan matlamat kesihatan anda
Tarikh : 5 Jun 2021
Jam: 3pm – 5pm


Kelas online dirakam – Wholesome5 Masterclass – 8 jam
Module 1 – Realiti tahap kesihatan wanita dan ketahui di mana tahap kesihatan dan risiko anda
Module 2 – Cara yang lebih berkesan untuk monitor risiko anda terhadap penyakit seperti jantung, diabetes, strok dan kanser, selain daripada berat badan dan BMI.
Module 3 – Strategi menggunakan kuasa minda untuk mencapai matlamat anda dengan pantas.
Module 4 – Kesihatan Usus Sangat Penting Untuk Kesihatan Kita Secara Umum dan Weight Loss Khususnya?
Module 5 – Intermittent Fasting (Puasa Berkala)
Module 6 – Pemakanan berasaskan tumbuhan membawa kepada tahap kesihatan dan berat badan optima.
Module 7 – Keterkaitan sistem imun dan berat badan.
Module 8 – Hormon mengawal segalanya

Kelas online dirakam – Living Wholefully – 2 jam
Jalani kehidupan yang sihat dengan penuh kesejahteraan dengan memelihara minda, tubuh dan rohani

Kelas group coaching online secara Live – Sessi Kedua – 2 jam
Melaksanakan gaya hidup sihat setelah tamat PW5 & Graduasi
Tarikh : 26 Jun 2021
Jam: 3pm – 5pm

Sumber yang boleh dimuat turun untuk membantu perlaksanan diet PW5

  • Meal Plan 5 hari PW5 menggunakan formula effektif disokong sains
  • Buku Resipi PW5 yang mengandungi 13 resipi
  • Panduan meal prep
  • Senarai membeli belah
  • Templat jurnal

Kumpulan Sokongan

Akses kepada coach dan sokongan komuniti positif di Telegram dan Facebook untuk bertanya soalan, berhubung dengan rakan-rakan dan motivasi.

Keperluan

  • Tidak diperlukan apa-apa pengalaman diet terdahulu dan pengetahuan tentang diet untuk mengikuti program ini.
  • Anda boleh mengikuti program di mana sahaja tempat yang mempunyai sambungan internet yang stabil menggunakan telefon pintar, tablet atau komputer.

BONUS (untuk 50 peserta pertama sahaja)

  • Sertai cabaran 5 hari  Program Wholesome5 yang dilakukan bersama komuniti positif
  • 1 kali 1.5 jam live sesi meditasi bersama practitioner The Golden Space (M) Sdn Bhd
  • 30 hari akses kepada platform senaman atas talian dari Stomp Fitness Sdn Bhd
  • 1 Ebook 6 cara menurunkan berat badan tanpa berdiet mengikut kaedah sains
  • 1 Ebook 4 cara untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh

Disclaimer : Program ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, mengubati, menyembuhkan atau mencegah penyakit. kami mengesyorkan anda berjumpa dengan doktor anda sebelum memulakan program ini jika anda mempunyai masalah perubatan atau mengambil ubat preskripsi atau makanan tambahan. kami tidak mengesyorkan program wholesome5 jika anda hamil atau menyusu.

Daftar untuk masuk ke waitlist

Program Wholesome5




    Saya, Susanna Ameriyanti Suwandi,seorang suri rumah yang berumur 49 tahun

    Sebelum ini saya banyak terlibat dengan aktiviti riadhah fizikal seperti hiking, zumba, mini marathon dan sebagainya. Bagaimanapun, setelah mengalami kecederaan lutut beberapa tahun yang lalu, keterlibatan saya di dalam aktiviti riadhah berkenaan amat terbatas.

    Akibatnya, saya mengalami kenaikan berat tubuh badan secara mendadak dan tidak terkawal. Saya juga mengalami insomnia dan keyakinan diri saya di dalam aktiviti sosial amat terkesan.

    Apabila mula diperkenalkan kepada program "Wholesome Five" oleh Aafiya Life saya mengaku saya merasa sangsi akan keberkesanannya kerana saya telah cuba berkali2 utk diet tanpa sebarang hasil yang memberangsangkan.

    Tetapi setelah mengamalkan program "Wholesome Five" saya amat gembira dengan hasilnya. Dengan support system yang first class daripada coach Aafiya Life Team dan peserta2 lain…Kami hanya perlu mengambil makanan kaya nutrien yang sangat sedap dengan resepi dan pelan yang disediakan. Setelah hanya lima hari saya berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 3 kilo. Bukan itu saja, saya dapat tidur dengan nyenyak pada setiap malam, rasa amat segar bila bangun setiap pagi dan rasa sungguh aktif dan tak mengantuk sepanjang hari dan yang paling penting saya belajar bagaimana caranya mengamalkan pemakanan yang sihat.

    Bagi mereka yang bertekad untuk menurunkan berat badan mereka dan meningkatkan kesihatan secara mampu mampan dan menyeluruh saya mengesyorkan programme wholesome 5 ini.

    Tidak lama dahulu, saya adalah orang yang overweight sebanyak 12kg, selalu merasa letih sehingga tidak mampu fokus kepada pekerjaan dan tanggungjawab terhadap keluarga dengan baik. Saya merasa benci lihat diri saya setiap hari , tidak percaya pada diri sendiri, selalu merasa kecewa kerana tidak dapat memakai pakaian yang saya mahu dan mengalami anxiety.

    Saya merasakan bahawa saya hanya hidup dari hari ke hari, semata- mata untuk memenuhi
    tuntutan hidup yang seperti perjuangan yang tidak pernah berakhir.

    Saya telah mencuba banyak jenis diet popular, pengganti makanan dan berkunjung ke pusat
    pelangsingan badan .

    Semuanya tidak mendatangkan hasil yang berpanjangan.

    Saya pernah hilang harapan dan menyangka bahawa saya hanya perlu menerima hakikat sebagai
    seorang wanita pada usia 40-an sukar untuk menurunkan berat badan, dan saya tidak lagi dapat
    memiliki sosok langsing seperti ketika saya lebih muda dan tidak akan mencapai berat badan ideal
    saya selama-lamanya.

    Tetapi apabila saya di perkenalkan kepada cara pemakanan yang betul, yang menitik beratkan nutrisi dan pembersihan badan, saya telah berjaya menurunkan berat badan berlebihan sebanyak 12kg dan dapat mengekalkan berat badan ideal saya selama lebih dari 2 tahun tanpa perlu mengira kalori atau tanpa sentiasa perlu berdiet Saya berasa lebih bertenaga sekarang pada usia 50 tahun berbanding
    ketika saya berusia 30 tahun. Ramai juga yang mengatakan saya nampak lebih muda dari usia saya.

    Minat saya terhadap cara pemakanan sihat makin meningkat dan saya mula melakukan banyak
    penyelidikan mendalam untuk mengetahui bagaimana makanan dapat menyembuhkan badan kita
    dan secara tidak langsung menurunkan berat dengan cara sihat.

    Sejak itu, saya telah membantu ramai wanita untuk mencapai berat badan ideal mereka Saya
    menjadikan misi saya untuk memberi sokongan dan bimbingan yang tepat kepada wanita lain yang mempunyai masaalah berat badan seperti saya dulu.

    Saya mula naik badan setelah melahirkan anak. Sewaktu itu saya tidak tahu apa-apa tentang nutrien.
    Saya cuma dengar untuk kurus kita kena kurangkan kalori yang masuk. Maka saya ingat cara terbaik adalah dengan kurangkan nasi.

    Saya berhenti mengambil nasi selama 2 bulan untuk turun sebanyak 6 kg. Tapi mana mungkin saya
    berterusan begitu dan akhirnya saya lepas geram dan makan semula dengan banyak.

    Saya kemudian didiagnos menghidap endometriosis, satu penyakit ketidakseimbangan hormon.
    Oleh kerana diet yang tidak sihat dan sentiasa stres dan tidak cukup tidur, penyakit ini tetap
    berulang hingga menyebabkan saya terpaksa melakukan 3 kali pembedahan.

    Semakin usia meningkat ditambah dengan penyakit dan gaya hidup yang tidak juga berubah, berat saya semakin bertambah sehingga mencecah obesiti!

    Setelah belajar mengenai pemakanan dari pakar nutrisi, saya mula berusaha menurunkan berat
    badan saya dan berhasil – turun sebanyak 11 kg dalam tempoh 6 minggu sahaja! Tidak lama
    kemudian saya berjaya mencapai berat ideal dan maintain hingga kini, setelah 3 tahun.

    Saya diuji lagi. Rupa-rupanya endometriosis saya berulang lagi buat kali ke 4. Kali ini doctor tidak
    mampu berbuat apa-apa.

    Saya membuat penyelidikan sendiri , mencari makanan apa yang boleh membantu penyakit saya.
    Alhamdulillah keajaiban kedua berlaku! Akhirnya dengan diet yang betul, ketumbuhan saya kini
    semakin mengecil. Ini membuktikan, pemakanan yang betul dan berpuasa dapat menyembuhkan!
    Food is The Real Medicine.

    Sejak itu saya berusaha menambah ilmu berkaitan dengan pemakanan dan cara peyembuhan secara holistik. Kini saya berkongsi pula ilmu dan pengalaman yang terkumpul kepada golongan wanita terutamanya yang ingin mendapatkan tubuh badan yang sihat dan langsing secara semulajadi dengan mengubah pemakanan dan gaya hidup mereka.