fbpx

0

Aafiya Life

Program Wholesome5

Current Status
Not Enrolled
Price
111
Get Started

You are not yet enrolled in this course.


Program Wholesome5

 

PROGRAM FAT LOSS ACCELERATOR & TRANSFORMASI BADAN
(Khas Untuk Wanita Sahaja)

Reset semula sistem tubuh supaya lebih sihat, langsing dan bertenaga dengan pemakanan yang betul

Amalkan  cara pemakanan yang  dapat bakar lemak, sembuhkan usus, hilangkan keradangan dan buang toksin yang sudah bertahun-tahun di dalam badan. 

Jenis Kursus: Program Coaching 2 Minggu

Program Ini Tepat Untuk Anda Jika Anda:

  • Ingin menurunkan berat badan tetapi tidak tahu bagaimana nak mula, sering tidak berjaya atau putus asa
  • Ingin mengatasi masalah kekembungan perut, masalah kulit, sentiasa letih dan kurang bertenaga
  • Mahukan bimbingan coach dan sokongan moral yang padu untuk anda memulakan tabiat pemakanan sihat yang memberi kesan yang cepat pada tubuh anda
  • Mahukan kaedah yang  selamat  dan 100% disokong sains, secara semulajadi tanpa sebarang produk kurus

Apa yang anda dapat bila join Program Wholesome5

  • Meal Plan serta buku resipi 5 Hari PW5 yang disediakan mengikut kaedah disokong sains (Peserta program PW5 sebelum ini berjaya turun 2kg – 5kg dalam masa 5 hari dengan mengikuti Meal Plan ini)
  • Panduan meal prep dan senarai membeli-belah juga disediakan
  • Kelas coaching online secara live: Living Wholefully Masterclass :  Diet Tanpa Stress Khusus Untuk Wanita
  • Kelas coaching online dirakam: Wholesome5 Masterclass : 5 Rahsia Untuk Transformasi Tubuh Anda Menjadi Jentera Pembakar Lemak
  • 5 Video Coaching mengenai Cabaran 5 Hari Wholesome5 
  • 24/7 Support selama 2 minggu di Telegram, WhatsApp ,Facebook Group dan direct akses kepada coaches
  • 2 Video Cara Melakukan Positive Affirmation Semasa Berdiet oleh The Golden Space (M) Sdn Bhd
  • 1 Buku Kerja PW5

Bonus

3 Ebook Percuma

  • 6 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Berdiet
  • 4 Cara Mempertingkatkan Sistem Imun Tubuh
  • 9 Hormon Yang Mempengaruhi Berat Badan Anda

Semua bahan rujukan dan bonus akan diberikan apabila program bermula nanti

Daftar untuk masuk ke waitlist

Program Wholesome5




    Saya, Susanna Ameriyanti Suwandi,seorang suri rumah yang berumur 49 tahun

    Sebelum ini saya banyak terlibat dengan aktiviti riadhah fizikal seperti hiking, zumba, mini marathon dan sebagainya. Bagaimanapun, setelah mengalami kecederaan lutut beberapa tahun yang lalu, keterlibatan saya di dalam aktiviti riadhah berkenaan amat terbatas.

    Akibatnya, saya mengalami kenaikan berat tubuh badan secara mendadak dan tidak terkawal. Saya juga mengalami insomnia dan keyakinan diri saya di dalam aktiviti sosial amat terkesan.

    Apabila mula diperkenalkan kepada program "Wholesome Five" oleh Aafiya Life saya mengaku saya merasa sangsi akan keberkesanannya kerana saya telah cuba berkali2 utk diet tanpa sebarang hasil yang memberangsangkan.

    Tetapi setelah mengamalkan program "Wholesome Five" saya amat gembira dengan hasilnya. Dengan support system yang first class daripada coach Aafiya Life Team dan peserta2 lain…Kami hanya perlu mengambil makanan kaya nutrien yang sangat sedap dengan resepi dan pelan yang disediakan. Setelah hanya lima hari saya berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 3 kilo. Bukan itu saja, saya dapat tidur dengan nyenyak pada setiap malam, rasa amat segar bila bangun setiap pagi dan rasa sungguh aktif dan tak mengantuk sepanjang hari dan yang paling penting saya belajar bagaimana caranya mengamalkan pemakanan yang sihat.

    Bagi mereka yang bertekad untuk menurunkan berat badan mereka dan meningkatkan kesihatan secara mampu mampan dan menyeluruh saya mengesyorkan programme wholesome 5 ini.

    Tidak lama dahulu, saya adalah orang yang overweight sebanyak 12kg, selalu merasa letih sehingga tidak mampu fokus kepada pekerjaan dan tanggungjawab terhadap keluarga dengan baik. Saya merasa benci lihat diri saya setiap hari , tidak percaya pada diri sendiri, selalu merasa kecewa kerana tidak dapat memakai pakaian yang saya mahu dan mengalami anxiety.

    Saya merasakan bahawa saya hanya hidup dari hari ke hari, semata- mata untuk memenuhi
    tuntutan hidup yang seperti perjuangan yang tidak pernah berakhir.

    Saya telah mencuba banyak jenis diet popular, pengganti makanan dan berkunjung ke pusat
    pelangsingan badan .

    Semuanya tidak mendatangkan hasil yang berpanjangan.

    Saya pernah hilang harapan dan menyangka bahawa saya hanya perlu menerima hakikat sebagai
    seorang wanita pada usia 40-an sukar untuk menurunkan berat badan, dan saya tidak lagi dapat
    memiliki sosok langsing seperti ketika saya lebih muda dan tidak akan mencapai berat badan ideal
    saya selama-lamanya.

    Tetapi apabila saya di perkenalkan kepada cara pemakanan yang betul, yang menitik beratkan nutrisi dan pembersihan badan, saya telah berjaya menurunkan berat badan berlebihan sebanyak 12kg dan dapat mengekalkan berat badan ideal saya selama lebih dari 2 tahun tanpa perlu mengira kalori atau tanpa sentiasa perlu berdiet Saya berasa lebih bertenaga sekarang pada usia 50 tahun berbanding
    ketika saya berusia 30 tahun. Ramai juga yang mengatakan saya nampak lebih muda dari usia saya.

    Minat saya terhadap cara pemakanan sihat makin meningkat dan saya mula melakukan banyak
    penyelidikan mendalam untuk mengetahui bagaimana makanan dapat menyembuhkan badan kita
    dan secara tidak langsung menurunkan berat dengan cara sihat.

    Sejak itu, saya telah membantu ramai wanita untuk mencapai berat badan ideal mereka Saya
    menjadikan misi saya untuk memberi sokongan dan bimbingan yang tepat kepada wanita lain yang mempunyai masaalah berat badan seperti saya dulu.

    Saya mula naik badan setelah melahirkan anak. Sewaktu itu saya tidak tahu apa-apa tentang nutrien.
    Saya cuma dengar untuk kurus kita kena kurangkan kalori yang masuk. Maka saya ingat cara terbaik adalah dengan kurangkan nasi.

    Saya berhenti mengambil nasi selama 2 bulan untuk turun sebanyak 6 kg. Tapi mana mungkin saya
    berterusan begitu dan akhirnya saya lepas geram dan makan semula dengan banyak.

    Saya kemudian didiagnos menghidap endometriosis, satu penyakit ketidakseimbangan hormon.
    Oleh kerana diet yang tidak sihat dan sentiasa stres dan tidak cukup tidur, penyakit ini tetap
    berulang hingga menyebabkan saya terpaksa melakukan 3 kali pembedahan.

    Semakin usia meningkat ditambah dengan penyakit dan gaya hidup yang tidak juga berubah, berat saya semakin bertambah sehingga mencecah obesiti!

    Setelah belajar mengenai pemakanan dari pakar nutrisi, saya mula berusaha menurunkan berat
    badan saya dan berhasil – turun sebanyak 11 kg dalam tempoh 6 minggu sahaja! Tidak lama
    kemudian saya berjaya mencapai berat ideal dan maintain hingga kini, setelah 3 tahun.

    Saya diuji lagi. Rupa-rupanya endometriosis saya berulang lagi buat kali ke 4. Kali ini doctor tidak
    mampu berbuat apa-apa.

    Saya membuat penyelidikan sendiri , mencari makanan apa yang boleh membantu penyakit saya.
    Alhamdulillah keajaiban kedua berlaku! Akhirnya dengan diet yang betul, ketumbuhan saya kini
    semakin mengecil. Ini membuktikan, pemakanan yang betul dan berpuasa dapat menyembuhkan!
    Food is The Real Medicine.

    Sejak itu saya berusaha menambah ilmu berkaitan dengan pemakanan dan cara peyembuhan secara holistik. Kini saya berkongsi pula ilmu dan pengalaman yang terkumpul kepada golongan wanita terutamanya yang ingin mendapatkan tubuh badan yang sihat dan langsing secara semulajadi dengan mengubah pemakanan dan gaya hidup mereka.