0

Aafiya Life

Program Wholesome5

Program Wholesome 5
Current Status
Not Enrolled
Price
RM 15
Get Started

You are not yet enrolled in this course.

Program Wholesome5

Program Coaching 2 minggu yang membantu anda reset semula sistem tubuh supaya lebih sihat, langsing dan bertenaga dengan  cara pemakanan yang betul

Program ini hanya dibuka untuk wanita berumur 18 tahun ke atas.

RM15
(Diskaun 92%)
Harga Promosi

RM199

Harga Kursus Sebenar

Apa yang anda akan perolehi

8 Jam Group coaching online secara Live

5  Video coaching yang telah dirakam

Komuniti & Kumpulan Sokongan di Telegram dan FB

Meal Plan dan Protokol untuk 5 hari yang disokong sains 

13 Resipi yang diformulasikan khas  untuk menyembuhkan dan turunkan berat dengan selamat

Program ini untuk siapa?

Program ini sesuai untuk anda jika anda

  • Menghadapi masalah menurunkan berat badan
  • Menghadapi masalah kembung perut dan/atau water retention.
  • Mempunyai masalah kulit yang sudah lama tidak dapat disembuhkan
  • Selalu berasa letih dan tidak bertenaga
  • Menghadapi masalah tidur.

Apa yang anda akan dan pelajari

  • Belajar cara paling cepat menggunakan kaedah yang disokong sain untuk menurunkan berat badan dan lemak secara natural dengan makanan  sahaja, tanpa produk ataupun suplemen
  • Fahami asas diet sihat termasuk keperluan kalori, makro dan mikro
  • Belajar cara pembersihan tubuh yang berkesan yang akan menyembuhkan usus, menghilangkan keradangan, memulihkan metabolisme, membuang toksin yang sudah bertahun-tahun di dalam badan. 
  • Belajar memberi badan anda pemakanan yang padat nutrisi pada waktu yang tepat dan cara yang tepat untuk mengoptimumkan tahap kesihatan anda
  • Belajar melatih tubuh anda untuk sentiasa ingin makan makanan berkualiti tinggi yang diperlukan untuk tubuh anda sentiasa sihat, langsing dan bertenaga supaya anda tidak perlu lagi rasa tersiksa menahan diri dari makan hingga kelaparan / menahan diri dari makan makanan tertentu.
  • Belajar teknik rahsia untuk mengekalkan berat badan dengan senang tanpa perlu kira kalori
  • Belajar tingkatkan tahap imuniti dan tenaga dengan pemakanan yang betul
  • Belajar cara untuk seimbangkan hormon secara natural

Bonus

  • 1 Ebook 6 cara menurunkan berat badan tanpa berdiet mengikut kaedah sains
  • 1 Ebook 4 cara untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh
  • 1.5 jam kelas meditasi yang dikendalikan oleh The Golden Space Sdn Bhd
 

Wholesome5 Masterclass

Module 1 : Cara yang lebih berkesan untuk monitor risiko anda terhadap penyakit seperti

jantung, diabetes, strok dan kanser, selain daripada berat badan dan BMI

Module 2: Strategi menggunakan kuasa minda untuk mencapai matlamat anda dengan pantas

Module 3: Kesihatan Usus Sangat Penting Untuk Kesihatan Kita Secara Umum dan Weight Loss Khususnya?

Module 4: Intermittent Fasting (Puasa Berkala)

Module 5: Pemakanan berasaskan tumbuhan membawa kepada tahap kesihatan dan berat badan optima

Module 6: Apa itu PW5 dan bagaimana ia dapat melistarikan matlamat kesihatan anda

 

Living Wholefully

Diet yang sesuai untuk wanita bagi mencapai keseimbangan hormon, mencapai berat sihat dan mengekalkannya dengan lebih mudah, serta kekal aktif dan sihat walaupun setelah menopaus; fizikal, minda, emosi dan seksual.

  1. Apa yang akan berlaku sewaktu mengikuti protokol W5
  2. Membuat perancangan dan memantau kemajuan
  3. Mempertingkatkan kesihatan usus
  4. Pemakanan sihat yang seimbang
  5. Kaedah untuk menenangkan emosi, minda dan stres sewaktu melakukan perubahan diet

Bahan yang boleh dimuat turun untuk membantu pelaksanaan diet dan protokol PW5

  • Meal Plan 5 hari PW5 menggunakan formula efektif disokong sains
  • Buku Resipi PW5 yang mengandungi 13 resipi reset badan
  • Panduan meal prep
  • Senarai membeli belah
  • Templat jurnal

Kumpulan Sokongan

  • Akses dan sokongan komuniti positif untuk bertanya soalan, berhubung dengan rakan-rakan dan motivasi.
  • Sertai cabaran 5 hari Program Wholesome5 yang dilakukan bersama -sama

Disclaimer : Program ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, mengubati, menyembuhkan atau mencegah penyakit. kami mengesyorkan anda berjumpa dengan doktor anda sebelum memulakan program ini jika anda mempunyai masalah perubatan atau mengambil ubat preskripsi atau makanan tambahan. kami tidak mengesyorkan program wholesome5 jika anda hamil atau menyusu.

Daftar untuk masuk ke waitlist

Program Wholesome5




    Resipi & Meal Plan Eat Clean



      Saya, Susanna Ameriyanti Suwandi,seorang suri rumah yang berumur 49 tahun

      Sebelum ini saya banyak terlibat dengan aktiviti riadhah fizikal seperti hiking, zumba, mini marathon dan sebagainya. Bagaimanapun, setelah mengalami kecederaan lutut beberapa tahun yang lalu, keterlibatan saya di dalam aktiviti riadhah berkenaan amat terbatas.

      Akibatnya, saya mengalami kenaikan berat tubuh badan secara mendadak dan tidak terkawal. Saya juga mengalami insomnia dan keyakinan diri saya di dalam aktiviti sosial amat terkesan.

      Apabila mula diperkenalkan kepada program "Wholesome Five" oleh Aafiya Life saya mengaku saya merasa sangsi akan keberkesanannya kerana saya telah cuba berkali2 utk diet tanpa sebarang hasil yang memberangsangkan.

      Tetapi setelah mengamalkan program "Wholesome Five" saya amat gembira dengan hasilnya. Dengan support system yang first class daripada coach Aafiya Life Team dan peserta2 lain…Kami hanya perlu mengambil makanan kaya nutrien yang sangat sedap dengan resepi dan pelan yang disediakan. Setelah hanya lima hari saya berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 3 kilo. Bukan itu saja, saya dapat tidur dengan nyenyak pada setiap malam, rasa amat segar bila bangun setiap pagi dan rasa sungguh aktif dan tak mengantuk sepanjang hari dan yang paling penting saya belajar bagaimana caranya mengamalkan pemakanan yang sihat.

      Bagi mereka yang bertekad untuk menurunkan berat badan mereka dan meningkatkan kesihatan secara mampu mampan dan menyeluruh saya mengesyorkan programme wholesome 5 ini.

      Tidak lama dahulu, saya adalah orang yang overweight sebanyak 12kg, selalu merasa letih sehingga tidak mampu fokus kepada pekerjaan dan tanggungjawab terhadap keluarga dengan baik. Saya merasa benci lihat diri saya setiap hari , tidak percaya pada diri sendiri, selalu merasa kecewa kerana tidak dapat memakai pakaian yang saya mahu dan mengalami anxiety.

      Saya merasakan bahawa saya hanya hidup dari hari ke hari, semata- mata untuk memenuhi
      tuntutan hidup yang seperti perjuangan yang tidak pernah berakhir.

      Saya telah mencuba banyak jenis diet popular, pengganti makanan dan berkunjung ke pusat
      pelangsingan badan .

      Semuanya tidak mendatangkan hasil yang berpanjangan.

      Saya pernah hilang harapan dan menyangka bahawa saya hanya perlu menerima hakikat sebagai
      seorang wanita pada usia 40-an sukar untuk menurunkan berat badan, dan saya tidak lagi dapat
      memiliki sosok langsing seperti ketika saya lebih muda dan tidak akan mencapai berat badan ideal
      saya selama-lamanya.

      Tetapi apabila saya di perkenalkan kepada cara pemakanan yang betul, yang menitik beratkan nutrisi dan pembersihan badan, saya telah berjaya menurunkan berat badan berlebihan sebanyak 12kg dan dapat mengekalkan berat badan ideal saya selama lebih dari 2 tahun tanpa perlu mengira kalori atau tanpa sentiasa perlu berdiet Saya berasa lebih bertenaga sekarang pada usia 50 tahun berbanding
      ketika saya berusia 30 tahun. Ramai juga yang mengatakan saya nampak lebih muda dari usia saya.

      Minat saya terhadap cara pemakanan sihat makin meningkat dan saya mula melakukan banyak
      penyelidikan mendalam untuk mengetahui bagaimana makanan dapat menyembuhkan badan kita
      dan secara tidak langsung menurunkan berat dengan cara sihat.

      Sejak itu, saya telah membantu ramai wanita untuk mencapai berat badan ideal mereka Saya
      menjadikan misi saya untuk memberi sokongan dan bimbingan yang tepat kepada wanita lain yang mempunyai masaalah berat badan seperti saya dulu.

      Saya mula naik badan setelah melahirkan anak. Sewaktu itu saya tidak tahu apa-apa tentang nutrien.
      Saya cuma dengar untuk kurus kita kena kurangkan kalori yang masuk. Maka saya ingat cara terbaik adalah dengan kurangkan nasi.

      Saya berhenti mengambil nasi selama 2 bulan untuk turun sebanyak 6 kg. Tapi mana mungkin saya
      berterusan begitu dan akhirnya saya lepas geram dan makan semula dengan banyak.

      Saya kemudian didiagnos menghidap endometriosis, satu penyakit ketidakseimbangan hormon.
      Oleh kerana diet yang tidak sihat dan sentiasa stres dan tidak cukup tidur, penyakit ini tetap
      berulang hingga menyebabkan saya terpaksa melakukan 3 kali pembedahan.

      Semakin usia meningkat ditambah dengan penyakit dan gaya hidup yang tidak juga berubah, berat saya semakin bertambah sehingga mencecah obesiti!

      Setelah belajar mengenai pemakanan dari pakar nutrisi, saya mula berusaha menurunkan berat
      badan saya dan berhasil – turun sebanyak 11 kg dalam tempoh 6 minggu sahaja! Tidak lama
      kemudian saya berjaya mencapai berat ideal dan maintain hingga kini, setelah 3 tahun.

      Saya diuji lagi. Rupa-rupanya endometriosis saya berulang lagi buat kali ke 4. Kali ini doctor tidak
      mampu berbuat apa-apa.

      Saya membuat penyelidikan sendiri , mencari makanan apa yang boleh membantu penyakit saya.
      Alhamdulillah keajaiban kedua berlaku! Akhirnya dengan diet yang betul, ketumbuhan saya kini
      semakin mengecil. Ini membuktikan, pemakanan yang betul dan berpuasa dapat menyembuhkan!
      Food is The Real Medicine.

      Sejak itu saya berusaha menambah ilmu berkaitan dengan pemakanan dan cara peyembuhan secara holistik. Kini saya berkongsi pula ilmu dan pengalaman yang terkumpul kepada golongan wanita terutamanya yang ingin mendapatkan tubuh badan yang sihat dan langsing secara semulajadi dengan mengubah pemakanan dan gaya hidup mereka.