Buku Panduan Program

Program Wholesome5 terbahagi kepada 2 fasa iaitu:

  • Fasa 1 Fasa Persediaan
  • Fasa 2 Fasa Wholesome5

Pastinya ini hanya permulaan. Masa 2 minggu Wholesome5 tidak cukup untuk kami kongsikan kesemuanya. Sebenarnya ada 2 fasa lagi selepas ini. Jangan risau kami akan kongsikan Checklist untuk setiap fasa melalui email selepas tamat PW5. Sekarang anda fokus pada 2 fasa ini dahulu ok.

Kami juga telah menyediakan resources yang menjadi asas kepada program ini iaitu

1. Buku Program Wholesome5

2.Buku Resipi 1 (terdapat 2 lagi set resipi Wholesome5 yang akan membantu anda untuk menurunkan berat 2 – 5 kg dalam 5 hari, boleh didapati di Blossom)

3. Panduan Menyediakan Makanan (Meal Prep)

4. Templat Jurnal

5. Pelan Makan Peralihan 

Adalah amat penting untuk anda membaca setiap satunya dan fahamkan. Sebarang kemusykilan boleh diajukan di Telegram / Facebook Group.

Lebih cepat anda membacanya lebih bagus kerana anda perlu membuat persediaan (membeli barang-barang dan menyediakan makanan) sebelum Fasa 2 bermula.

Untuk membantu anda membeli barang-barang selain dari sayur dan buah, kami telah bekerjasama dengan Keto Mall Asia yang telah bersetuju untuk memberikan harga istimewa kepada ahli-ahli Aafiya Life. Untuk penerangan lanjut sila ke eShop Aafiya Life.